Friday, April 26, 2013

Friday, March 15, 2013

Semoga berjaya

Panitia Bahasa Arab SMK SG BESAR mengucapkan Selamat Menduduki Ujian Bulanan 1 kepada anak didik semua.

Semoga kalian beroleh kejayaan.

Tips untuk berjaya dengan cemerlang :

1)  Memiliki Sikap Rajin

            Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.

   2) Displin Diri

            Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.

    3)Menghormati Ibu Bapa Dan Guru

            Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.

   4) Aktif Dalam Kokurikulum

            Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti  kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.

    5) Menjaga Kesihatan Diri

            Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Monday, March 4, 2013

Seronoknya Belajar Bahasa Arab

Kelas 1KAA 2013
SMK SG BESAR
GURU MENGAJAR  :USTAZAH ZURAIDAH BT MUMIN

Tuesday, February 26, 2013

Latihan Nasyid

Lokasi : Galeri Bestari SMK Sg Besar
Masa   : Jam 2.30-5.30
Tajuk  : Latihan Nasyid MTQ
Jurulatih : Nihlah bt Suhod

Monday, February 25, 2013

Program Target A Bahasa Arab PMR 2013

Gambar sekitar program Target A Bahasa Arab yang di adakan di ILDAS Sabak Bernam.

Saturday, February 23, 2013

Majlis Makan Malam

Penganjur : Kelab guru dan staff SMK Sg Besar

Tarikh : 23 Feb 2013

Lokasi : Dewan Bestari SMK Sg Besar

Upin dan Ipin Arab

Tonton "كرتون ماليزيه رمضان : اوبين و إبين" di YouTube

Hayya ilal matbakh

Jom ke dapur dan mari memasak

Universiti Al azhar - Cawangan Iskandariah

Tempat jatuh lagi dikenang ....
Inikan pula...
Tempat menuntut ilmu...
1993-1997 dalam kenangan

Thursday, February 21, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...