Tuesday, February 26, 2013

Latihan Nasyid

Lokasi : Galeri Bestari SMK Sg Besar
Masa   : Jam 2.30-5.30
Tajuk  : Latihan Nasyid MTQ
Jurulatih : Nihlah bt Suhod

Monday, February 25, 2013

Program Target A Bahasa Arab PMR 2013

Gambar sekitar program Target A Bahasa Arab yang di adakan di ILDAS Sabak Bernam.

Saturday, February 23, 2013

Majlis Makan Malam

Penganjur : Kelab guru dan staff SMK Sg Besar

Tarikh : 23 Feb 2013

Lokasi : Dewan Bestari SMK Sg Besar

Upin dan Ipin Arab

Tonton "كرتون ماليزيه رمضان : اوبين و إبين" di YouTube

Hayya ilal matbakh

Jom ke dapur dan mari memasak

Universiti Al azhar - Cawangan Iskandariah

Tempat jatuh lagi dikenang ....
Inikan pula...
Tempat menuntut ilmu...
1993-1997 dalam kenangan

Thursday, February 21, 2013

Salam Saiyyidul Ayyam

Peralatan Persekolahan

Salam ukhuwah fillah. Mari kita terus belajar..perkataan mudah dan seting digunakan...

Wednesday, February 20, 2013

Majlis Tadarus Al quran (MTQ) Peringkat Sekolah

Majlis Tadarus Al quran ( MTQ ) Peringkat Sekolah

Lokasi : Galeri Bestari dan Bilik PBS

Penganjur : Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Acara yang dipertandingkan :
1) Nasyid
2) Tilawah alquran
3) Hafazan
4) Syarahan

Tuesday, February 19, 2013

Buah-buahan

BUAH-BUAHAN (al-Fawakih)

1.Pisang (Banana) موز (mauzun)

2.Kelapa (Coconut) جوزهند (jauzul hind)

3.Limau (Lemon) ليمون (laimun)

4.Mangga (Mango) منجا (manja)

5.Jambu batu (Guava) جوافة (jawwafah)

6.Betik (Papaya) شمام (shammamun)

7.Nenas (Pineapple) اناناس (ananas)

8.Oren (Orange) برتقال (burtuqal)

9.Rambutan (Rambutan) ابو شعر (abu sha'run)

10.Durian (Durian) ابو شوكة (abu shaukah)

11.Tembikai (Watermelon) بطيخ (bitthikhun)

12.Anggur (Grapes) عنب ('inabun)

13.Epal (Apple) تفاح (tuffahun)

14.Strawberi (Strawberry) فراولة (faraulah)

Mari Berbual

بسم الله الرمن الرحيم
إنا جعلنا قرءانا عربيا لعلكم تعقلون
صدق االه الغظيم
سورة الزخرف3

(Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan Al-Quran dalam Bahasa
Arab supaya kamu memahaminya)

------------------------------

ASAS KOMUNIKASI

1.Ahlan Wasahlan : Selamat datang أهلا وسهلا

2.Sobahal Khair: Selamat Pagi (org pertama) صباح الخير

3.Sobahannur: Selamat Pagi (Jawab) صباح النور

4.Masa'al Khair : Selamat Petang (org pertama) مساء الخير

5.Masa'annur : Selamat Petang (Jawab) مساء النور

6.Lailah Sa'idah: Selamat Malam ليلة ساعدة

7.Masmuka? :Apa nama kamu? (Lelaki) ما اسمك

8.Masmuki? :Apa nama kamu? (Perempuan) ما اسمك

9.Ismi : Nama saya اسمي

10.Na'am : Ya نعم

11.La' : Tidak لا

12.Man anta? : Siapa kamu? (Seorang Lelaki) من أنت

13.Man anti? :Siapa kamu? (Seorang Perempuan) من أنت

Monday, February 18, 2013

Mari Belajar

(Dalam bahasa Arab - Dalam bahasa Malaysia)

Perkataan mudah yang biasa digunakan

*Mar-haban  - Halo
*Ahlan-Wa-Sahlan - Selamat datang
*Syukran - Terimakasih
*Aasif - Maaf
*Afwan - sama sama
*Kam     - Berapa?
*Na'am - Ya
*La -   Tidak
*Mabruuk - Tahniah
*Yamiin -  Kanan
*Yasar -  Kiri
*Ana -  Saya
*Anta-  (p) / anti- (w) Anda

Selamat mencuba ye...

Tahukah Anda?

Tahukah anda?

    Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .
    Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.

    Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.

    Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.

    Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!

Buku Kerja dan Buku Panduan

ASsalamualaikum.  Bahan bacaan dan buku kerja bahasa arab agak kurang di pasaran. Biasa nya guru akan memdapatkannya semasa kursus atau beli secara online..jika sahabat ada bahan bantu mengajar dan belajar...boleh maklumkan kepada saya ummisyidah.blogspot.com syukran jazilan

Sunday, February 17, 2013

Makhraj huruf

ASsalamualaikum. Mari kita lihat tempat keluar huruf (makhraj) agar tepat apabila kita menyebutnya terutamanya bacaan dalam solat, doa dan bacaan al quran.Sebutan huruf yang tidak tepat akan menyebabkan makna yang berbeza.

Selamat beramal...

Saturday, February 16, 2013

Program Target A Bahasa Arab PMR 2013

Masa    : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tarikh  : 17 Februari 2013
Hari      : Ahad

Tempat : Auditorium Abu Bakar, ILDAS Sabak Bernam

Bayaran : RM60.00
Penceramah : Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah  (Guru Cemerlang dan Guru Pakar Bahasa Arab)

Penganjur : Interactive Learning Solution

#gambar di ambil semasa menunggu bas mengambil murid untuk pergi ke program tersebut ♡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...