Sunday, February 9, 2014
Anugerah Cemerlang PMR 2013
Ole-ole Dari Tanah Suci
Saturday, February 8, 2014
6 atau 9
Salam pagi...
Lama sugguh blog ini tidak diwarnai...sejak admin menunaikan ibadah haji akhir 5ahun lepas hinggalah pulang membawa rezeki 'mabuk'. Kerana melayan diri hingga blog hijau ini terabai...dah bersawang sawang...
Semoga admin terus di berikan kekuatan untuk terus berkongsi sedikit ilmu di blog hijau ini.
Salam rindu♥♥♥
Monday, October 7, 2013
Pecutan Akhir Bahasa Arab PMR 2013
Tarikh : 18 september 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SMK Sg Besar
Anjuran : JPNS dan PPDSB
Thursday, September 5, 2013
Penataran Pentaksiran Berasaskan sekolah Bahasa Arab Tingkatan 3
Tempat: Bilik ICT PKG Bt 38
Peserta : 16 orangJ
Juru latih: Ustaz Muhd Taftazani Bin Atiqullah(SAM Pasir Panjang)
Friday, August 2, 2013
Lailatul Qadar
Di antara nikmat Allah subhanahu wa ta’ala terhadap umat Islam, dianugerahkannya kepada mereka satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Tahukah anda, malam apakah itu? Dia adalah malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah I:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)
Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Bahwasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadr. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut. Maka dari itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha untuk meraihnya, dan beliau bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)






















