Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi bersama rakan2, cara untuk menambah dan mengingati mufrodat@kalimah bahasa arab. Cara ini adalah cara yang saya amalkan sejak dulu lagi, bagi saya ia memang berkesan.
1 - Al-Quran dan terjemahan
Al-Quran adalah sumber terbesar untuk mendapatkan kalimah BA selain daripada kamus. Cara saya adalah dengan meneliti kembali ayat2 Quran yang telah saya hafaz. Jikalau menghafaz sahaja tanpa memahami bagi saya amat rugi, jadi setelah di hafaz saya akan rujuk terjemahan dan mengambil 5 perkataan yang saya rasakan mudah untuk dihafaz. Jikalau saya terlupa makna perkataan itu maka saya akan membaca kembali ayat tersebut. Saya mulakan dengan menghafaz surah2 pendek kerana surah2 pendek amat mudah dihafaz dan ringkas2.
2 - Doa2
Doa juga merupakan salah satu sumber kalimah. Cara yang sama saya gunakan sebagaimana dalam hafazan melalui al-Quran. ini kerana doa kita telah menghafaz sejak kecil lagi jadi amat mustahil bagi kita lupa akannya. Hasil daripada hafazan doa itu saya ambil 2-3 perkataan yang mudah dihafaz. Contoh doa masuk tandas
اللهم اني أعوذ بك من الخبث والخبائث
Sebelum ini saya tidak mengetahui makna الخبث , jadi saya jadikan doa ini sebagai rujukan saya bagi kalimah al-khubsu. Setiap kali saya terlupa makna kalimah ini, maka saya akan membaca doa ini. Alhamdulillah saya ingat hingga kehari ini.
3 - Komik @ Cerita kanak dalam bahasa arab
Dua sumber ini amat berkesan sekali dan saya mencadangkan kepada rakan2 untuk membeli dan membaca buku2 ini. Kedua2 jenis buku ini tidak menggunakan kalimah yang susah, bahkan amat mudah. Ini kerana buku ini dikarang untuk kanak2 jadi kalimah yang digunakan tidak susah. Saya sehingga hari ini masih lagi mengamalkan cara ini kerana ianya menyeronokkan. Isi kandungan buku ini tidak berat, ayatnya direct dan tiada unsur2 balaghah yang tinggi dan santai sahaja membacanya. Cuma yang berat di sini adalah merujuk kamus...
4 - Gambar
Penggunaan gambar saya rasakan amat baik sekali dalam mendapatkan kalimah2 BA. Cara yang saya gunakan adalah saya pilih gambar yang menarik, kemudian perhatikan gambar tersebut dan senaraikan 5-10 objek yang terdapat di dalamnya dalam BM. Kemudian saya rujuk kamus dan terjemahkan kedalam bahasa Arab. Selesai terjemah saya gamkan kalimah2 tersebut pada objek saya pilih dan saya tampalkan gambar tersebut pada dinding@meja study.
Inilah 4 cara saya gunakan setakat ini yang saya rasakan berkesan bagi saya. Kalau rakan2 merasakan sesuai, maka cubalah. Tapi terus-terang saya katakan satu masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa arab adalah adalah malas merujuk kamus. Jadi nasihat saya (pada diri saya juga) hanya 1, JANGAN MALAS!!! Selalulah kita berdoa moga ALLAH permudahkan kita dalam menuntut ilmu. Amin.
No comments:
Post a Comment
Salam mesra...sudilah kiranya memberikan komen ye....saya amat menghargainya ♡