Panitia Bahasa Arab SMK SG BESAR mengucapkan Selamat Menduduki Ujian Bulanan 1 kepada anak didik semua.
Semoga kalian beroleh kejayaan.
Tips untuk berjaya dengan cemerlang :
1) Memiliki Sikap Rajin
Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
2) Displin Diri
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
3)Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
4) Aktif Dalam Kokurikulum
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
5) Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
No comments:
Post a Comment
Salam mesra...sudilah kiranya memberikan komen ye....saya amat menghargainya ♡